BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 1, 2012


Kali ni aku nak berkongsi citer ngan korang kisah mengenai 'beruang dan ikan'.  Citer nie aku dengar semalam di radio IKIM..slot motivasi pagi..ustaz kegemaran Ustaz Badli Shah...Jom layann..
 
 


Sudah seharian menunggu di tepi sungai yang airnya mengalir dengan deras sekali.

"Mungkin nasib tidak menyebelahi aku pada hari ini" keluh seekor beruang yang bertubuh besar.

Sejak pagi lagi, beruang itu menanti di tepi sungai, cuba menangkap ikan namun waktu itu bukan musim ikan jadi tidak banyak ikan di dalam sungai tersebut. Jika ada pun, hanya anak-anak ikan yang kecil kelihatan berenang-renang dengan riang.

"Aku tidak kisah, tiada rotan, akar pun jadi..tak dapat ibu ikan, anak ikan pun tak mengapa" bisik hati kecil beruang yang bertubuh besar itu.

Dia cuba berkali-kali menangkap anak-anak ikan yang terdapat di situ. Akhirnya dia berjaya mendapat seekor!.

"Wahai beruang yang besar, tolong lepaskan aku" si ikan kecil itu merayu kepada beruang dengan suara yang ketakutan.


"Beri satu sebab mengapa aku perlu lepaskan kamu" kata beruang


"Tidakkah kamu nampak, aku ini terlalu kecil. Aku hanya akan menjadi sisa-sisa di celah gigimu sahaja jika kamu memakan aku" kata si ikan kecil.

"Aku tak kisah" jawab beruang.


"Begini sajalah. tolong campakkan aku ke dalam sungai itu semula. Setelah beberapa bulan aku akan menjadi besar. Ketika itu bolehlah kamu tangkap dan makan aku. Tentu ia lebih mengenyangkan" kata si ikan kecil dengan penuh berharap agar tipu helahnya berjaya.

"Wahai ikan kecil, tahukah kamu bagaimana tubuhku menjadi begitu besar begini?" tanya beruang.

"Bagaimana? tanya si ikan kecil dengan mata yang terkebil-kebil.

"Aku tidak pernah melepaskan rezeki yang telah ada dalam genggamanku walau sekecil mana pun ia" jawab beruang sambil tersenyum.

"Oppppssss" teriak si ikan kecil.  Tahu lah ia bahawa ajalnya dah tiba.

Dengan sekali nganga saja, tamatlah riwayat si ikan kecil itu di tangan sang beruang.

Pengajaran

Dalam kehidupan ini, kita diberi banyak pilihan, banyak peluang dan kesempatan. Namun jika kita tidak membuka minda, hati dan mata kita untuk melihat dan merebut peluang yang Allah berikan, maka peluang itu akan berlalu begitu saja. Mungkin jika peluang itu tidak direbut sekarang, maka pada suatu hari nanti kita akan mengeluh..."Aduhai...andainya aku tidak mensia-siakan peluang itu dahulu...!?" Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Maka jadilah seorang yang bijak, pilih dan rebutlah setiap peluang yang datang kepada kita.

Di saat kita kesulitan...tentu ada peluang untuk memperbaiki keadaan.
Di saat kita kesedihan...tentu ada peluang untuk mengecap kembali kegembiraan.
Di saat kita kejatuhan...tentu ada peluang untuk bangun semula.

Walau di ketika mana sekalipun, Allah akan sentiasa mengurniakan peluang buat kita asal saja kita bijak memilih, merebut dan menghargai peluang dan kesempatan itu.

Ustaz juga memetik kata-kata dari ahli falsafah 'Milton Berle' yang berbunyi: " 


"If opportunity doesn't knock, build a door".
Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Tidak kiralahpeluang dari segi apa. Kita mesti pandai cari peluang itu...

Ustaz turut bercerita mengenai kisah kejayaan 'Joe Girard'.  Siapakah dia nie?


Joseph Samuel Gerard, lebih popular dengan nama Joe Girard, lahir pada 1 November 1, 1928 di Detroit, Michigan adalah seorang jurujual terkenal di Amerika Syarikat. Beliau telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai jurujual terbaik di dunia kerana berjaya menjual kereta sebanyak 13,001 unit di Chevrolet di antara tahun 1963 hingga 1978.
Gempak tuuhhh..so apa resipinyerr...jom kita nengok...

JOE GIRARD’S 13 RULES TO SUCCESS!

 

1. HAVE A POSITIVE ATTITUDE – Bersikap positif
Hang around with positive people, stay away from cry babies and complainers, because they will pull you down to their level. If something isn’t going right in your life, keep it to yourself, no one wants to hear your problems, make people believe you are having a wonderful time.

2. ORGANIZE YOUR LIFE – Susun atur hidup anda
Keep an appointment book so that you don’t have to use the words that sicken me: “I FORGOT.” At the end of each day, meditate upon what you did or did not do, so you can become stronger for tomorrow. Plan your work for the next day. If you know where you are going you will get there. If you don’t, you are LOST!

3. WORK WHEN YOU WORK – Bekerja dengan sebenar-benarnya
Don’t take long lunch hours, and only eat with people who can help your cause, not with other salespeople. Do not sneak out of work early, if you do you are a LOSER.

4. OBSERVE GIRARD’S NO-NOs – Jauhi perkara ini semasa bekerja
No smoking or chewing tobacco, no gum, no colognes, no profanity, no dirty jokes, no alcohol breath, and men do not wear earrings when you are working. Turn off cell phones – they’re irritating. The biggest killer of them all is NOT BEING ON TIME.

5. DRESS THE PART – Berpakaian sesuai dengan apa yang anda jual
What kind of people are you dealing with? If you are selling to blue collar workers, don’t wear $500 suits and expensive shoes, jewelry or watches (it’s a big distraction). Wear it on your own time, not when you’re working – clothes can turn people off.

6. LISTEN! – Dengar dengan teliti
People can tell if you’re not listening. The longer you listen, the more obligated people will feel towards you. The more you listen, the more likely a customer is going to do business with you. Listening shows that you care. “The mouth should only be used for eating – keep your mouth shut!” Silence is Golden.

7. SMILE! – Senyum meningkatkan kualiti wajah anda
A smile increases your face value. If people would smile more, your customers would feel better and want to do business with you, plus it’s great for your health!

8. RETURN ALL PHONE CALLS & EMAILS – Berhubung semula dengan pelanggan, call dan emel
Not returning calls or emails are a way to lose customers and friends. Return your calls and emails as soon as possible. If you don’t, that’s a good way to burn a bridge!

9. TELL THE TRUTH – Bercakaplah perkara yang benar
If you get caught in a lie even once, you will always be a liar. Even if you tell the truth for the rest of your life, you won’t be trusted or believed, consider yourself DEAD.

10. DON’T OVERCHARGE – Jangan overcaj
If you do, and the customer compares your deal with somebody else, you have lost him. Take a little and leave a little; Joe only worked on a small profit, but he was heavy on volume, averaging six retail automobile sales a day. Word of mouth got around that YOU CAN’T BEAT JOE GIRARD’S PRICE.

11. STAND IN FRONT OF YOUR PRODUCT OR SERVICES, NOT BEHIND – Berdiri dihadapan produk anda, bukan membelakangkannya
The most important thing to do for your customer is SERVICE them, and they will do business with you over and over again. This is what made JOE #1 IN THE WORLD.

12. LOCK UP EVERY SALE – Tutup jualan dengan pertanyaan
After you have closed the sale, ask your customers why they bought from you – if they tell you why, they are reinforcing their trust in you. Therefore no more buyers’ remorse, MEANING NO MORE CANCELLATIONS.

13. REWARD YOURSELF – Hadiahkan diri anda
Treat yourself well for all the smart work you have done; YOU DESERVE IT!

Thursday, January 26, 2012

HATI OH HATI!

Pagi Jumaat nan indah, nak berkongsi satu artikel best.."Hati Tetap Sama".  Benarkah?? Jom kita layann..

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.

Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong. Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah. Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!
Wallahua'llam....

Sumber: genta-rasa.com oleh Ustaz Pahrol Md. Juoi.