BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

KU KE UDARA LAGI...

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak meng'update' blogku ini.  Maaflah, kekangan masa membuatkan aku tak berkesempatan nak meng'update' blog kesayangan.  Tapi aku rasa 'feel' tu dah datang balik, 'yes come on, u can do it'...'writing...writing...and writing'...Memang sejak dari bangku sekolah impian nak jadi 'reporter cum newscaster' adalah cita-citaku.  Kalau larr aku cam Syuhada ke...memang sahlah aku kat TV3 la ni.  Tu larr oghang soh belajo lain ko belajo lain...kan dah terkeluo bahasa muo aku...hehe...apapun memang muo tetap di hati. Apa aku merepek dah ni..



Rasa berdosa plak..time keje ni..tapi tahlah...hatiku tak tenang...semuanya gara2 MH370. Bilakah penantian ini akan berakhir?  Hari ini masuk hari yang ke 6 misi pencarian pesawat dan gerakan masih lagi diteruskan, namun masih buntu.  Adakah ini suratan ya Allah. Sesungguhnya aku percaya pada Qada' an Qadar mu, ya Allah.  Marilah sama2 kita berdoa semoga kita menemui MH370.  Sesungguhnya hanya pada Engkau kami berserah dan hanya kepada Engkau tempat kami memohon pertolongan.  Makbulkanlah permintaan kami..amin ya rabal a' lamin.





Friday, April 20, 2012

CSC! OH CSC!...

Buat kali yang keberapa entah aku pun tak ingat....rasanyer dah lebih 20x kot aku dah bertugas di CSC..Korang tau tak apa tu CSC?  Meh sini aku bagi tahu...CSC stands for Customer Service Centre.



Kat sini sememangnyer tempat untuk membuang masa.  Apa tidaknyerr..ko kena menjawab segala panggilan yang entah apa2 tah.  Nak kata semakin 'terror' tak jugak.  Rasa macam 'operator' ada ler.  Mana taknyerr...bukannyer semua benda boleh dijawab.  Nak tak nak kena gak 'pass call' ke 'Division in charge'.  Kalau 'general question' tu boleh ler tahan lagi.  Bila tang soalan2 yang melibatkan 'Division' seperti BOS, LRO...sure aku 'surrender'.  Memang tak reti nak jawab apa..That's why aku rasa ada baiknyer cepat2 ler 'restructuring' so that mana2 yang dah lama dekat satu2 'Division' tu patut kena 'transfer'.  Baru ler ada perkembangan minda, bertambah pengetahuan.  Nama jer dah puluh tahun kat MIDA..tapi 'still' aku tak boleh 'master' semua benda.  CEO:  pls take note!  Kalau ler aku boleh cakap...hehehe...d next town hall session ler nampak gayanyer.

Aku punya 'suggestion', ada baiknyer CSC nie diletakkan pegawai2 yang 'permanent'.  Bukan apa...baru ler boleh 'concentrate' kerja.  Tak ler menganggu pegawai2 lain...(macam aku yang dok kat 'Industry Division').  Kitaorang ada 'client charter' yang kena comply untuk 'process application'.  Mereka2 yang dah duduk 'industry' tahu ler camner.Lebih2 lagi bila dah 'real time' nie...lagi haru.

So hopefully, diaorang akan 'make the best solution' untuk CSC nie.  Nak bagi aku permanent kat CSC boleh..dengan syarat aku jadi 'Head' untuk CSC...kerja mengarah ler oiii...(perasaan nak jadi bos jap..).  Masa masih lagi satu jam untuk merewang kat CSC nie..hari nie aku ber'partner' dengan si Rina dan Asfiya...Eyerthing goes smoothly.  Oleh sebab hari nie 'Friday', so not so many call yang diterima..aman ler seketika.  'Can't wait to go back'...tetiba teringat anak2ku...wait for umi..

That's for today..

Thursday, April 12, 2012

Alhamdullilah! Hari nie aku 37 tahun...

Happy birthday to me!

Syukur pada Allah.  Hari nie genap usiaku yang ke 37 tahun.  Mak...ayah...lihatlah anakmu nie...adik makin membesar....adik dah tua...(nama timangan ku masa kecik2 dulu...).  Sebelum terlupa, ku tujukan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak yang melahirkan aku dan ayah yang membesarkan aku dengan kasih sayang.  Tanpa kalian tiadalah aku.  

Terharu ngan 'birthday wish' korang-korang semua yang tak putus-putus 'start' dari malam tadi hingga la nie...rasa cam 'celebrity' lak..he3x...apapun thanks kepada yang sudi wish aku terutama adik beradik, sanak saudara dan kengkawan yang mengenali diri nie.  'To those who born on the same day, i wish you 'happy birthday'.  Aku juga mendoakan kebahagiaan dan keberkatan menjadi milik kita semua...insyaAllah.

'To my hubby, En. suami terima kasih kerana memahami dan menerimaku seadanya.  Untuk anak-anakku, "Umi sayang korang"...



Again...TERIMA KASIH SEMUA...appreciate it very much!



 

Thursday, January 12, 2012

SELAMAT DATANG





2012 tahun si naga,
Naga air kalendar Cina,
Sedar tak sedar diri dah tua,
Dulu berempat kini berlima.

Alhamdullilah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menambahkan rezeki kepada kami dengan kelahiran seorang lagi putera. Rasanya dah lama tak meng'update'kan blog nie.  Sedar x sedar dah 13 hari berlalu.  Hari nie dah masuk hari yang ke 5 aku bekerja setelah 90 hari cuti bersalin. Harap-harap tahun nie akan membawa lebih kerahmatan dan keberkatan buat kami sekeluarga dunia dan akhirat...AMIN.