BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 1, 2011

NEW PROJECT..JUS DELIMA FROM IRAN

Year of 2011, year of the rabbit, if i'm not mistaken, trying to improve everything..so what's next? My first project is....what I had in mind is BUSINESS...BUSINESS...BUSINESS.. one way to improve life, I guess..insyaAllah berkat doa, hardwork and patient..the dreams will come true...cewah...this year my blog will start in English version, is not that nak berlagak of whatsoever..but trying to improve myself...lama sungguh aku meninggalkan bahasa nih..hopefully i'll get my vocab back..

So guess what's the project i've been thinking of...my hubby has given me ideas on this..have u ever heard of 'JUS DELIMA MONEH'.  This juice is from Iran.  So for those who want to know more on what's the benefit & advantages of 'BUAH DELIMA'.  Please read this article:-

ARTIKEL MENGENAI DELIMA DAN KHASIATNYA 


Rahsia Penciptaan Buah Delima



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


 


Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.



Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.



Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.



Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.



Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.



Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Artikel Dari Laman IKIM

So guys! after you read this article, what're you waiting for, come and get the 'JUS BUAH DELIMA'!  For those interested, do contact me at 03-22673634 (Off) or 019-3140014 (hp) or you can contact me via e-mail at suzana@mida.gov.my or zana_din@yahoo.com.  Only RM1.50 per packet....hurry..hurry....







Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR 2011

Diam x diam, dah masuk ke tahun 2011.  Cepat betul masa berlalu..daripada jadi budak2 kini jadi mak budak..:) daripada anak sorang kini dah ada 2 orang...target 4 this year? Hmmm..nengok rezeki...n kekuatan mental & fizikal cekkk noo..apa pun yang baik datang dariNya..syukur alhamdullilah.

Sempena tahun baru ni, nawaitu kena betul, amalan kena ikhlas, barulah doa mustajab..semoga tahun baru nie membawa seribu kebahagiaan dan keberkatan buat kami sekeluarga..AMIN.. SELAMAT TAHUN BARU 2011...


Tuesday, December 28, 2010

'CERIAKAN WAJAHMU, SENYUMLAH SELALU'

Sedang aku dok leka2 pagi nie surf internet, terjumpa lak artikel nie...best gak untuk dikongsikan...apa kata orang tuh...'sharing is caring'...topik apa ekkk.."SENYUM" interesting gak topik nie...apa pun layannn..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSvN1eyQUrYCYcfXLDgPmMV9ZvCr5SvigyU34w9NmVE6Ua69WTNuup4f150IAH8mZ-TMBMrw5wcqWSeybbzieSieVYwJF5NoNP5FrrzYpQk8OCcsAfHHXDtuqOjlh1cULOnyyBaIOkAeV0/s1600/senyum.gif 
Orang selalu kata "Jangan menilai buku dengan kulitnya"
Tetapi hakikatnya majoriti kita menilai benda dengan luarannya

Pabila melihat seorang manusia contohnya
Ramai yang akan melihat luarannya saja
Adakah mancung hidungnya
Adakah gebu kulitnya
Adakah  licin dahinya
Adakah seksi bibirnya
Adakah mantap 'body'nya
Adakah tinggi dan sasa orangnya
Itu semualah yang dilihatnya
Dan itulah yang menjadi fokus utamanya 

Manusia ini..
Kerana ingin dilihat menarik
Kerana ingin dipuji molek
Kerana ingin digelar cantik

Ramai yang rela mukanya disuntik
Ramai yang redha mukanya di'plastik'
Belanja wang ringgit untuk fizik terbaik

Aduhai manusia ini..
Kenapa ini yang digilakan
Mengapa fizikal yang dipersoalkan
Kenapa dan mengapa luaran jadi taruhan

Walau cantik ayu dan rupawan
Tapi dalaman kosong tiada bersopan
Wajarkah ia jadi rebutan

Perlu engkau sedari
Memang manusia melihat begini
Fizikal dan luaran tetap di hati
Rupa manis cantik berseri
Sentiasa mendapat pujaaan hati

Habis...kalau begitu..
Apa yang perlu dibuat olehku
Mengikut manusia jadi begitu
Mengejar cinta berdasar nafsu
Kasih tak dapat lemah dan lesu

Apakah comel, cantik atau 'handsome'nya seseorang itu
Bergantung segalanya pada perkara begitu?

Wahai pemburu cinta sejati
Jika begitu yang manusia mahu
Tak usah gundah tak usah pilu
Ada rahsia yang perlu kau tahu
"Ceriakan wajah mu senyumlah selalu"
Jika ini diamal olehmu
Pasti dikau dipandang tak jemu

Haah..cite pasal senyum nie, aku teringatkan sebuah lagu..masa aku kecik2 dulu suka nyanyi lagu ni..lagu apa? lagu 'SENYUM'...liriknya aku ingat2 lupa tapi rasanya macam ni bunyinyer:-

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan....

So, susah sangat ke nak senyum ekk? Senang kann...tapi jangan terlebih senyum lak... camn nie..


 


Moral of the story: "Senyumlah dari hati duniamu berseri"..

Tuesday, December 14, 2010

KISAH 15 DISEMBER...

"Zana bangun, zana....sayup2 kedengaran suara 'hubby' memanggilku. Apa kes nie?? Orang tengah syok tido, kacau aje lah...aikk x nak gi keje ke?  Huh?? Kul berapa nie?  Ya Allah!! 6.28 pagi..apsal x gerak orang..nie gerak le nie..jam x bunyi pun..cepat2 lambat dah kite nie..fuhhh kelam kabut aku pagi nie..nasib baik gak x hantar budak2 tu pagi nie...selamattt.. walau dah lambat manapun aku 'manage' gak untuk 'punch card'...rezeki2..

Apa yang memusykilkan aku pagi nie..mak tetiba je muncul semalam.  Apa kes ekkk??? Takkan sebab nak pi shopping kat Nilai tuh...entahh ler...setakat nak ke Nilai tu...bebila masa jer.. setahu aku kat situ kan 'every day got sale'..apa yang adik aku kata  kat mak aku katanya minggu nie last sale..tah x paham aku...sukati ler..ko punya majlis...x berani 'akak' nak campur.  Kang jadi lain plak..ada jer yang x puas atinyerr...sendiri le mau pikir...

Pastu dapat call dari 'hubby'..nak caler apa?  Aikk dah 'approved' ke?  Cepat gilerr...dia kata may be dapat keta 'this week'...fuuhhh lega le kalau camtu...bukan apa asyik pakai keta orang macam keta sendiri...x best ler...'even tough it's ur own sibling' yang punya...mula2 mungkin x cakap apa2..lama2 sape tau...'learning from experience'...iskkk..ahhh lupakanlah..yang terjadi dahpun terjadi...tapi luka di hati x leh nak padam...walaupun sebesar zarah..kejamkah aku??...'i'll try to forgive & forget'...moga Allah bagi aku kekuatan untuk menempuhi cabaran hidup ini...amin..

Thursday, December 2, 2010

SERI PAJAM...

Cite pasal rumah idaman...tetiba teringat lak time tengah dok sibuk2 cari umah untuk adik bongsuku si 'N'.  Survey punya survey..sampai le kat Seri Pajam nie.  Bila aku masuk je umah nie terus 'Terjatuh Cinta', apsal le x de umah mcm nie kat area Serdang nuu ..kalau x sure nyer aku dah rembat dulu.  Tang design, tiling, piling dan perabotnyer...semuanyerr aku suka...x caya?? Meh nengok nie...layannnn...

bersama hubby n my little princess..





lunch time...



dinner time...


poksu n anak2 sedara...



danial & alin...



alin...




bilik bawah, comei kan..


me..myself sempat possing..




uniknya sangkar nie..



another centre of attraction...



supper ke?..




siap ngan kitchen cabinet lagi..
P/S:  Hoping one day my wishes will come true!  Ohhh rumah idamankuuu!!!!!...

Monday, November 15, 2010

HOME SWEET HOME....

Ehhh...lama gak dah tak menulis nie...apsal ekkk...terlalu sibukkah aku??....ermmm memang pun sejak dah beranak dua nie makin 'tak larat' aku rasa.  Tapi x pe demi anak-anakku yang tercinta, berkorban apa saja...iyea x.. kata2 P.Ramlee tu...cewah melalut le tuu...Apa yang nak ditulis hari nie?  Yes, I remember!...cite pasal rumah idaman. Sapa yang x impikan rumah idaman...aku ni pun cam orang lain gak teringin nak ada rumah cantik..paling best yang 'English Style'...fuh tapi 'pulusnya' enggak ada.  Nak panggil 'Eric' iskkk lagi x mampu... cakap pasal bab ni, jom gi jalan-jalan nengok ke KK Home Decor, kedainya terletak di Nilai 3, kalau yang biasa dengan jenama 'Vantage' mesti terpegun tengok kedai nie...sebab rupanya lebih kurang jer...harganya pun orait gak...aku belum ler teringin lagi...cukuplah setakat nak cuci2 mata...

macam kat zoo plak..

lovely...

bunga2 an..

cam kerusi pengantin zaman dolu2..

beranganlah tu...

comelnyer...

so sweet..

peace...


Tuesday, August 10, 2010

ALIN'S SCHOOL OPEN DAY..

ngan umie, ayah n kak yin..
yahoo dapat hadiah!..
Alin berposing..
Dah lama x meng'update' blog nih...bukan apa x de masa jer..bz sket. So apa aku nak tulis ari ni ekk?? Tetiba aku ternampak gambar2 lama anak-anak aku, termasuklah gambar skolah Alin..gambar ni diambik last year. Masa tu skolah adakan hari terbuka, so 'parent2' semua kena datang ambik 'report card'. Aku dan hubby pun 'excited' nak tahu 'result' si Alin. 'Not bad' gak...she got 3rd place out of 14 budak2 kat skolah tu...fuhhh..lega..macam le aku yg dapat result..lebih2 nampak :) Apapun I'm very proud of U my little princess...nengok le sapa cikgunyerr beb... :) Hoping 4 the best this year...