BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 29, 2011

JOM KONGSI CITE: EMPATI

Pagi nie 'as usual', 'my hubby' bukak dia punya 'favourite channel' radio IKIM.FM.  Topik motivasi pagi nie 'more to' cerita pasal emosi dan empati.  Rasanya aku dah pernah dengar cite nih..Mesti pihak IKIM nak 'cut cost' dah tak jemput pakar motivasi...asyik dok 'repeat' topik-topik yang sama berulang kali...or saje nak bagi peringatan kat orang-orang macam aku nie supaya lebih insaf...iskkkk sedar pun :)

Kisahnya berlaku pada suatu pagi di dalam komuter, korang boleh 'imagine' kan suasana dalam komuter pada waktu lepas subuh pagi...tenang jer...apa taknyer  yang tido2...ada gak yang baca paper, majalah, dengar walkman dan ada ler dua tiga yang dengan tenangnya berdiri...kalau 'time' dulu2 aku le yang jadi mangsa berdiri tuh..:) So kita sambung citer...


Tiba2 komuter nie berhenti kat satu 'station'.  Naiklah seorang bapa dan dua orang anak lelaki (sorang tiga tahun, sorang lagi empat tahun).  Si bapa dengan pantasnya terus mencari tempat kosong, duduk dan lena dalam dunianya tanpa menghiraukan kedua anaknya. Suasana dalam komuter yang mulanya tenang bertukar menjadi kacau.  Apa tidaknya bayangkan anak-anak tersebut mula berlari ke depan dan ke belakang 'coach'. Mereka bukan sahaja membuat bising malah 'start' mengacau semua orang yang ada di dalam komuter tersebut.  Sampaikan yang khusyuk membaca juga menjadi mangsa mereka, habis suratkhabar, majalah ditarik dan dikoyakkan mereka.  "Budak-budak ni dah semakin melampau"..terdengar bisikan salah seorang dari penumpang komuter. Semua penumpang di dalam 'coach' tersebut semakin 'tension' dengan kenakalan budak-budak tersebut.  Yang peliknya si bapa terus lena dengan dunianya.


Tiba2 salah seorang dari penumpang tersebut  terus duduk di sebelah bapa budak2 nih.  Sambil menepuk bahu si bapa, si lelaki tersebut berkata "Encik, anak2 encik nie sangat menganggu kami".  Si baga tiba2 menekup mukanya dengan tangan sambil menangis teresak-esak.  Si penumpang lelaki tadi bertanya, kenapa Encik menangis?  Si bapa mula bercerita." Isteri saya selalu mengadu sakit kepala, lalu saya pun menghantar isteri ke hospital.  Rupa-rupanya doktor mendapati isteri saya menghadapi ketumbuhan dalam otak (cancer) dan terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.  Anak-anak dilarang melawat ibu diaorang.  So dah masuk beberapa minggu diaorang tidak berjumpa dengan ibu diaorang.  

Si bapa berkata lagi, "Diaorang nie sangat rindukan ibu diaorang.  Saya terpaksa pujuk doktor sebab anak-anak teringin sangat nak jumpa ibu diaorang.  So semalam, doktor dahpun bagi keizinan, saya boleh bawak diorang jumpa ibu diaorang. So sementara menunggu hari nie, anak-anak nie terlalu 'excited' sangat, bayangkan mereka bangun awal pagi sebab nak jumpa ibu punya pasal.  Selama isteri saya di hospital, mereka  seperti patah sayap,  mogok taknak makan mandi dan sebagainya.  Tapi hari nie mereka jadi orang yang bersemangat semula.  Apa yang membuat saya sedih, sedang saya bersiap2 pagi nih, tiba2 dapat panggilan dari hospital, doktor bagitahu yang isteri saya dah meninggal dunia..saya tak tahu macam mana nak bagitahu kat diaorang yang ibu diorang dah tak ada."


So penumpang lelaki tadi daripada geram, terus rasa simpati bila mendengar cerita si bapa. Sedihkan cerita nih...So, moral of the story, don't jump into conclusion.
P/S: 'Selami dan fahami perasaan atau emosi orang lain sebelum berprasangka/menghukum.  "JANGAN EMOSI TETAPI EMPATI"