BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 22, 2012

Baik tak semestinya baik, tak baik tak semestinya tak baik!

 

'As usual' pagi nie, sekali lagi kita bermotivasi pagi bersama Ustaz kegemaranku Ustaz Badlishah.  Topik pada hari nie'quite interesting' pada aku.  Kata orang 'sharing is caring'...so jom kita layan...cengini ceritanyerr...

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bersama anak lelakinya.  Kehidupan mereka amat miskin. Si bapa yang telah kehilangan isteri dan si anak yang kehilangan ibu hidup menderita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tiada harta, cuma berteman seekor kuda betina.

Pada suatu hari kuda kesayangan yang menjadi teman setia mereka selama ini telah hilang.  Ekoran daripada peristiwa itu, penduduk kampung datang ke rumah dan mengucapkan takziah kepada orang tua tersebut di atas kehilangan kuda tersebut.  Orang tua tersebut dengan penuh redha  menjawab 'Baik tak semestinya baik dan yang tak baik tak semestinya baik'.  

Tiba-tiba pada suatu hari muncul semula kuda betina yang hilang tadi bersama-sama 5 ekor kuda lain.  Rupa-rupanya kuda betina yang terkenal dengan kecantikannya telah menarik perhatian kuda-kuda jantan yang lain untuk mengikutnya balik bersama.  Si orang tua berasa gembira kerana sekarang kuda-kudanya telah bertambah menjadi 6 ekor kesemuanya.  Penduduk kampung datang ke rumah mengucapkan tahniah di atas rezeki yang datang tidak disangka-sangka.  Tapi orang tua tersebut dengan rendah diri berkata lagi 'Baik tak semestinya baik dan yang tak baik tak semestinya baik'.  

Suatu hari ketika anak si tua sedang menjinakkan kuda-kuda tersebut, telah berlaku satu kemalangan di mana salah seekor dari kuda-kuda tersebut telah menyepaknya.  Ini telah mengakibatkan anak si tua tersebut menjadi cacat dan tidak boleh berjalan.  Ekoran kemalangan tersebut, penduduk kampung datang lagi ke rumah si tua tersebut.  'Kasihan kamu, anak kamu telah menjadi cacat' kata salah seorang dari penduduk kampung tersebut.  Orang tua tersebut dengan pasrah sekali lagi berkata 'Baik tak semestinya baik dan yang tak baik tak semestinya baik'.  

Nak dijadikan cerita pada suatu hari telah berlaku pemilihan untuk memilih anak-anak muda untuk dijadikan askar bagi membantu kerajaan pada masa itu.  Setelah diteliti didapati anak si tua tidak boleh menyertai pasukan tersebut disebabkan kecacatan yang dialami olehnya. Apabila berlakunya peperangan, anak-anak muda yang dipilih tadi kesemuanya telah terkorban di dalam peperangan.  Tinggallah anak si tua yang cacat yang terselamat dari peperangan tersebut. Oleh kerana hanya seorang sahaja anak muda yang tinggal di kampung tersebut, maka dia telah dijadikan menantu oleh orang terkaya di kampung tersebut.

Moral of the story:  Jangan cepat putus asa dengan kekurangan yang terdapat pada diri kita.  Ingatlah Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

  Thomas Alva Edison: 
 


Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,

Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah. Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.” 

Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.


Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.

P/S:  Hari nie genap 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad...al-Fatihah..