BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 8, 2012

Ketam PHD

Mungkin ramai dari kita yang suka makan ketam..tapi walaupun ianya sangat sedap dimakan fizikalnya tapi zahirnya mempunyai sifat yang amat busuk.  Nak tahu apa dia??  Jom layan citer aku nie, diceduk dari IKIM.fm.

Kisahnya berlaku di Filipina, terdapat sebuah kampung yang menjadi pusat penangkapan ketam. Mereka melakukan kerja-kerja menangkap ketam nie pada waktu malam. Ketam-ketam tersebut kemudiannya disimpan dalam tong drum, tanpa menutup tong itu dengan sebarang penutup atau jaring.  Apa yang menghairankan, tidak ada seekor ketam pun yang berjaya keluar dari tong.  Ini kerana, apabila seekor ketam cuba memanjat keluar, akan terdapat ketam lain yang akan menariknya jatuh kembali ke dalam tong...begitulah berlaku menyebabkan hingga tidak ada seekor pun yang keluar.  

Pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ketam nie ialah jangan jadi seperti ketam penuh dengan perasaan hasad dengki (PHD) yang tinggi.  Mereka ini tidak boleh melihat kejayaan orang-orang lain.

Ustaz turut menambah bahawa orang yang mempunyai PHD yang tinggi akhirnya biasanya akan rugi. Contoh terdekat yang diambil semasa sukan SEA 2011, di mana dalam perlawanan bolasepak Malaysia telah berjaya mengalahkan tuan rumah Indonesia.  Mengapa ini boleh berlaku?  Analisa yang dibuat oleh wartawan Indonesia Arif Bawono Surya:

Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia:

Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF.

Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan.

Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan.

Justeru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. 

Renung-rengungkan...

0 comments: