BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 9, 2011

BONUS RAYA VS BONUS RAMADHAN

Sejuk sket hati nie....bila dengar 'announcement' semalam...kakitangan awam dapat 1/2 bulan gaji...tapi x tahu ler bayaran sekaligus ke atau 'as usual' 2x bayaran...x kisahlah...janji 'at least' dapat lek gak walaupun orang kata ciput jerr kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang bergaji besar tu....syukur alhamdullilah...

bonus raya...merangkap duit raya..

Bukan apa boleh gak ler nak menampung kos masa raya nanti...al-maklumlah nama pun raya mesti perbelanjaan lebih dari biasa...mana nak bagi duit raya kat anak-anak buah lagi...nak bagi 'extra' belanja kat 'parents' lagi...beli kuih raya, baju raya...etc... macam2 lerr..tapi rasanya tahun ni 'budget' ala kadar jer...sederhana...

Cakap pasal bonus nie...nak kongsi satu artikel menarik pasal bonus tapi bukan bonus (duit) tu...Bonus Ramadhan...aikkkk Ramadhan pun ada bonus...korang tahu ke apa dia?  Aku pun baru jer terbaca...5 Bonus Khas Ramadhan Yang Perlu Kita Ketahui....



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :

Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah ta’ala.

Bonus 2
Para Malaikat beristighfar (meminta ampun) untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3
Allah memperindahkan syurgaNYA setiap hari dan berfirman :
“Hampir-hampir hamba-hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadaMU.” (Mereka sanggup bersusah payah hidup di dunia dan akhirat.)

Bonus 4

Syaitan-syaitan akan dibelengggu (dirantai), tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan.
 
 

Bonus 5
Mereka akan mendapat KEAMPUNAN pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.)”

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda SAW :

“Yaa Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam al-qadar (Lailatul Qadar)?”

Baginda menjawab :

“Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesudah menyelesaikan malannya.”

(Riwayat Ahmad).

Pengajaran

Berpuasa lah sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan. Jangan sekali-kali ponteng tanpa sebab. Jaga mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga hati - jangan sampai kita berbuat dosa. Banyak beristighfar memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosa kita yang banyak.
Memperbanyakkan amal soleh terutamanya amal ibadah di malam hari (qiamullail dan sebagainya…)
 
Sumber:  Pakar blog how to

0 comments: